MARATON, Fla. (March 20) - Seekor ikan pari 75 paun telah membunuh seorang wanita Michigan Khamis lalu apabila ia terbang keluar dari air dan merempuh mukanya ketika dia sedang memandu sebuah bot di Florida Keys, kata pegawai.Judy Kay Zagorski, dari Pigeon, Mich., duduk di tempat duduk hadapan sebuah bot yang berjalan dalam kelajuan 25 mph apabila ikan pari jenis 'spotted eagle ray', dengan rentangan sayap selebar 5 hingga 6 kaki, melompat keluar dari air, kata Jorge Pino, jurucakap untuk Florida Fish dan Wildlife Conservation Commission.
"Ia adalah satu kemalangan yang aneh," Pino memberitahu Reuters.
Bapa wanita berumur 57 tahun adalah pemandu bot di Lautan Atlantik sebelah Vaca Key, Pino berkata.
"Ianya sama sekali tidak memberi amaran apa-apa. Kejadian berlaku begitu sahaja dengan serta-merta," Pino berkata.
Impak perlanggaran mengakibatkan Zagorski terjatuh ke lantai bot, Pino berkata.
Kesan impak itu berkemungkinan kecil yang telah mengakibatkan wanita itu terbunuh, dan dia tidak kelihatan mempunyai luka-luka bocor daripaa cangkuk ikan pari itu, Pino berkata. Satu bedah siasat telah dirancangkan, Pino berkata.
Kakak Zagorski adalah orang yang berdiri di sebelahnya apabila ikan pari itu muncul akan tetapi dia tidak cedera, Pino berkata.
Ikan pari mendarat ke dalam bot 25 kaki itu dan mati dari kesan impak, kata pegawai.
Ikan pari 'Spotted eagle rays' boleh mencapai sehingga 500 pound dan rentang sayapnya boleh mencapai sehingga 10 kaki. Mereka memang diketahui akan melompat dari air sekali sekala akan tetapi tidaklah agresif dan penggunaan cangkuk beracun pada hujung ekor mereka untuk perlindungan.
'Spotted eagle rays' dilindungi diperairan Florida dan lazimnya berenang diatas permukaan air.
"'Spotted eagle rays' , biasanya melompat untuk melarikan diri dari mangsa, melahirkan anak dan mengelak diri daripada parasit," kata Lynn Gear, penyelia ikan-ikan dan reptilia-reptilia di Theater Sea di Islamorada. "Mereka tak serang orang."
Dalam 2006, seorang lelaki South Florida juga cedera parah bila seekor ikan pari melompat ke dalam botnya dan menyengatnya. James Bertakis, 82, dari Lighthouse Point, menjalani pembedahan kerana cangkuk ikan pari yang berukuran satu kaki panjang terhunus kedalam hatinya. Namun dia telah pulih daripada kemalangan itu.


No comments:
Post a Comment