
Banyak cerita dari para Abductees (mangsa penculikan mahkluk asing) percaya bahwa ketika masa mereka diculik, terdapat sesuatu benda kecil yg ditanam didlm tubuh mereka oleh mahkluk2 asing ini.Menurut berbagai pendapat,benda kecil yang ditanam didalam tubuh tersebut berfungsi sebagai alat untuk mengawal fikiran/mind control. Daripada kes abduction,terdapat penanaman yang dikatakan menggunakan kod DNA dari mangsa itu sendiri,mungkin kod -kod ini digunakan sebagai bahan ekspresimen biogenetic.

Hasil penemuan X-ray yang dijalani oleh kebanyakan mangsa, mendapati semacam benda kecil yang tertanam di badan mereka.Tiada seorang doktor atau mangsa yang boleh menerangkan bagaimana cara benda ini dimasukkan dan tertanam didalam tubuh mereka.
Pada umumnya,benda-benda implant sering ditemui dibeberapa bagian tubuh para mangsa,seperti pada bahagian tangan,kepala,kaki,dan telinga.
Ada yang dapat keluar dan terlepas dengan sendirinya ,namun ada pula yang tidak, itu semua bergantung dibahagian mana ia ditanam dan sedalam mana ia ditanam.Namun,sebahagian besar benda2 tersebut dapat keluar dengan sendirinya setelah jangka waktu tertentu,mungkin mahkluk asing itu telah memprogram implant2 itu sebelumnya.
implant kecil itu mempunyai ukuran panjang tak lebih dari 3 cm (1 inci),dengan ketebalan 1mm (1/16 inci),dengan struktur penyusunan yang sangat kompleks (berdasarkan pengamatan oleh mikroskop elektron) yang terdiri dari berbagai lapisan-lapisan yang sangat beraneka bentuk yang terdiri dari unsur metal dan campuran.

Konsep penanaman implant kecil itu ke dalam tubuh mungkin kita jumpa pada mangsa kes Alien Abduction moden (awal 1960).Dikisahkan oleh seorang mangsa seorang wanita berasal dari Amerika yang diculik pada pertengahan tahun 1960-an,didalam ingatannya ia mengisahkan tentang penggambaran sebuah benda kecil yang ditanamkan kedalam bahagian hidungnya oleh para makhluk asing yang telah menculiknya.
kejadian tersebut justru mula diingat semula dimana sebuah benda asing yang tertanam didalam hidungnya keluar dengan sendirinya,bentuknya hampir mirip dengan sebatang jarum hospital.Hal itu mungkin sangat wajar kerana biasanya para mahkluk asing dengan sengaja memberikan suatu effect hipnotis pada mangsa agar mereka dapat melupakan kejadian penculikan tersebut.Namun,hal itu baru dapat diingat kembali oleh para mangsa beberapa tahun kemudian.

Menurut hasil penelitian yang dilakukan oleh CUFOS (Pusat study dan pengkaji UFO) pada akhir 1980-an,kemungkinan besar benda implant yang tertanam pada tubuh itu dapat mereplikasikan diri,namun kemungkinan kebenarannya sangat kecil.Dari data yang mereka kumpulkan,ada beberapa macam bentuk benda-benda implant,diantaranya seperti sebuah benda panjang (seprti jarum suntik) yang terdiri dari lapisan kaca pada bagian luarnya ada pula yang strukturnya dari bahan logam kecil panjang mahupun logam berbentuk segitiga.

Sekarang muncul pertanyaan, apakah tujuan mereka menanam benda-benda itu didalam ditubuh para mangsanya?benarkan hal itu sebagai salah satu program Abduction experience yang dengan sengaja ditanam sebagai mind control dan memberikan semacam pendapat kepada para mangsa agar mereka dapat digunakan sebagai media untuk memperoleh informasi seluas-luasnya mengenai kehidupan manusia dibumi?


No comments:
Post a Comment