
TASIK CHANY, Rusia - Nelayan-nelayan di Rusia kini meminta pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung kewujudan satu makhluk aneh mirip raksasa Loch Ness di Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut beberapa penduduk tempatan, makhluk aneh itu membaham pemancing dan nelayan di tasik berkenaan.
Kematian terbaru melibatkan seorang lelaki berumur 59 tahun pada minggu lalu.
Seorang lelaki Vladimir Golishev memberitahu, rakannya itu pada mulanya menarik dengan kuat pancingnya yang seperti dimakan seekor haiwan besar.
"Dia (si mangsa) menarik pancing dengan kuat sehingga bot terbalik. Saya kemudian menanggalkan pakaian saya dan berenang ke daratan," katanya.
Menurutnya, si mangsa menarik tubuh rakannya ke dasar tasik dan mayatanya tidak pernah ditemui.
Beberapa penduduk tempatan yang pernah melihat makhluk aneh itu berkata, ia seperti raksasa Loch Ness di Scotland yang mempunyai leher panjang. - Agensi
CHARLESTON, West Virginia - Seekor anak kucing yang dilahirkan pada minggu lalu mempunyai dua muka mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kucing yang diberikan nama Two Face oleh pemiliknya itu dilahirkan telah dibawa ke sebuah klinik haiwan kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya.
Selain dua muka, haiwan tersebut mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata.
Seorang doktor haiwan, Erica Drake, memberitahu anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah. - AP
BEIJING - Para saintis bingung menentukan spesies seekor haiwan aneh yang ditemui di satu lokasi hutan di tengah China, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan tidak berbulu itu memasuki jerat sekumpulan pemburu di wilayah Sichuan selepas penduduk tempatan melaporkan mereka ternampak haiwan yang disangkakan seekor beruang.
"Ia seperti seekor beruang. Namun, haiwan itu tidak mempunyai bulu tetapi ia mempunyai ekor seperti kanggaru.
"Haiwan itu tidak mengeluarkan bunyi seperti beruang. Suaranya lebih mirip seekor kucing dan sentiasa berbunyi," kata salah seorang pemburu itu, Lu Chin.
Menurutnya, sebelum ini terdapat cerita rakyat bahawa seorang lelaki telah bertukar menjadi seekor beruang.
"Ada orang yang menganggap kami telah menangkapnya," kata Chin.
Pakar haiwan akan menghantar haiwan misteri itu ke Beijing. Sepasukan saintis di Beijing akan cuba untuk mengetahui spesies haiwan itu dengan melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA). - Agensi
TUCSON - Pihak Guinness World Records mengumumkan seekor anjing baka Great Dane di Amerika Syarikat (AS) sebagai anjing paling tinggi di dunia kerana ketinggian yang diukur dari kaki hingga ke bahunya mencecah 1.09 meter.
Anjing yang diberi nama Giant George itu tinggi dua sentimeter berbanding pesaing rapatnya, Titan yang juga daripada baka Great Dane dari San Diego.
Beberapa pegawai Guinness menyatakan wujud laporan yang bercanggah berkaitan ketinggian George menyebabkan mereka menghantar seorang juri untuk mengesahkannya.
Anjing seberat 115 kilogram yang berusia empat tahun itu dimiliki oleh David Nasser. - AP
Meet Yoda, a household pet born with an extra pair of ears.
Chicago, Illinois, couple Valerie and Ted Rock took the cat in two years ago after they visited a local bar, where a group of drinkers were handing the animal around and making fun of him.
Since being adopted by the Rocks and after getting his picture posted on the Internet, the two-year-old feline has become an international media celebrity.
The Rocks have received calls from Good Morning America, Fox News and The Tyra Banks Show. The moggy's mugshot has graced the pages of the London Guardian and British tabloids.
Despite his strange appearance, Yoda - named after the pointy-eared Star Wars character (pictured below) - is a perfectly normal and affectionate cat and a delight to have around.
His extra ears are thought to be the result of a genetic mutation.
But Yoda's owners are keeping a close watch on their much-loved pet. They are concerned he could be catnapped because he is so different.



{@}BORNEO BUNGAI TERONG HACKERS TEAM {@}